Thursday, April 1, 2010

SIDANG DUN PERAK...TUNTUTAN ATAU AMANAH???

Salam 1 Malaysia....
Sidang DUN Perak telah berakhir. Pelbagai cerita pahit dan manis kita dengar semasa berlangsungnya persidangan tersebut.
Pihak kerajaan dengan ceritanya begitu juga cerita versi yang lain dari pihak pembangkang.
Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang accident yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh persidangan.
Tahniah juga kepada penyokong kedua-dua pihak. Penyokong telah menunjukkan kematangan tanpa membuat sebarang tindakan yang boleh menyebabkan huru-hara seperti persidangan sebelum ini. Juga tahniah dan syabas kepada pihak keselamatan yang dapat mengawal keadaan sepanjang tempoh persidangan.
Namun ada sesuatu yang menjadi kemyuskilan dan tanda tanya dalam pemikiran aku. Biasanya persidangan DUN ini adalah tempat dimana wakil-wakil yang diamanahkan oleh rakyat duduk berbincang dan berhujah bagi memastikan kesejahteraan rakyat yang diwakili. Dan kebiasaannya, persidangan DUN akan mengambil masa yang lama untuk berbincang.
Samasa aku kecil, aku pernah mengikut bapa aku ke persidangan DUN. Kadang-kadang sidang DUN sampai 2 minggu dan banyak isu yang diperkatakan dalam dewan.
Pertikaman lidah, berhujah, berdebat, provokasi adalah asam garam didalam dewan. Namun akhirnya satu keputusan dapat dibuat dan rakyat mendapat nikmat dari sidang DUN.
Tapi masa telah berubah. Apakah sidang DUN hari ini hanya untuk mengisi tuntutan sistem Demokrasi. Kalau tak buat, mungkin kerajaan Negeri terpaksa dibubarkan. Maka hilanglah hak YB-YB. Akan berlakulah PRK Negeri. Mungkin tampok pemerintahan akan berubah.
Apakah YB-YB sudah lupa akan tanggungjawab serta amanah yang telah diberi oleh Allah s.w.t. melalui tangan-tangan pengundi yang telah memilih mereka?
Apakah yang dapat dihasilkan dari persidangan yang hanya lebih kurang 5 jam? Apa yang dapat dibincangkan? Apakah masalah rakyat dapat dibahaskankan? Apakah masalah negeri berjaya diselesaikan?
Jangan jadikan 'perangai' pembangkang sebagai satu alasan untuk memendekkan tempoh persidangan.
Apakah pihak pencadang didewan tidak bersedia dengan apa yang bakal dilakukan oleh pihak pembangkang?
Rasanya apa yang 'dilakukan' pihak pembangkang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Perkara ni berlaku hampir dikesemua persidangan DEWAN.
Kalau pembangkang dianggap tidak profesional, dimanakah pula tahap profesional kerajaan dalam menagani 'provokasi' pihak pembangkang?
Apakah dengan sidang DUN yang singkat dapat menjayakan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'????

No comments: