Wednesday, November 10, 2010

SURAT TERBUKA UNTUK ANWAR IBRAHIM...

surat Terbuka buat Dato seri Anwar Ibrahim...


AssalamualaikumKehadapan
dato seri saya sentiasa mengharapkan ( saya tak mahu kata berdoa sebab
saya jarang berdoa untuk orang lain ) datos eri sihat , tabah,
menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara
dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak
menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga dato seri dalam
keadaan aman sentiasa. waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak
kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya
selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh
mengubah hati saya pada perjuangan keadilan.walaupun bekas boss boss
saya yg besar besar tu.


Dato seri sejak dato seri
bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara
berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung
sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada
sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil
pegang pada janji jamil. seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam
politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato
seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. bukan kerja
jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia . siapalah jamil?
tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa
update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua
cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg
menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg
memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana
beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh
permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami
tahu.


Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara
yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato
seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus
berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada
yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini
,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah
tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan
BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita
kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada
maruah dan harga diri. jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami
akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan,
kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami
percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno
berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.

Dato
seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci
umno, barua umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti
berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak
betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan
,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang
kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel.
tak mahu dengar. adakah dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno
cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup
cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan
nasional ,

Dato seri saya sendiri banyak kali komen di
blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana
saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri
langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak
gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri
hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin
melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu
nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang. umno
ke, pas ke , pkr ke semua melayu so kalau nak jadi pemimpin melayu kena
ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi.
saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan
perdana menteri. bukan, saya kenal nurul hana tu dari dato seri di
tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato
seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen,
sms atau apa sahaja. ini tak orang macam saiful , rahimi , bekas banduan
yg kami tak kenal langsung dato seri jaga.ini di namakan pemimpin
melayu.

Dato seri cuba fikir sejenak . kenapa semua orang
marah kan azmin ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di sungai petani ,
ingat konvensyen di kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku
beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan
buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya
marahkan azmin. beberapa tahun dato seri dalam penjara azmin tak ambil
peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil
tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak
bebas , orang dha tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap
hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang. saya tahu kerana
beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa
dan hariraya. orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di
kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato
seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus
tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak
kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar
ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami
terima.

Bila dato seri bebas rumah itu dah jadi macam
penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak
kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan
dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah
jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah
jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin
untuk rapat dgn dato seri. hariraya pertama dato seri di rumah semuanya
di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung
kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin.
apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat
ponggong azmin. kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno.
beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan
2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan
antivirus KASPERSKY dia selamat. adakah azmin ni malaikat sehingga semua
tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb
azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas
pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada
dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan
nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak
pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

Dato seri
kata dato seri tak campur. kak wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga
dato zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. sdr mustafa kamil ayub
salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat
kenyataan , ini sudah lain. masakan dato seri tak nampak. atau dato seri
nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat dato seri ingat
kalau dato seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi
kedua. reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. demi keadilan
sejagat. kali kedua. no way. mampukan azmin atau parti keluarkan wang
untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan. sebab nanti akan ada yg
kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. so nak suruh kita
sokong keluarkanlah wang. kita tak akan dapat lagi sokongan seperti
1999. ingat tu. tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada azmin. come
on dato seri. soalan saya satu je dato seri . dato seri nak jaga yg 1 ka
atau yg 100.000 .azmin kata dia tidak akan ikut kata zaid atau
mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli.tapi saya nak tanya ikut
kata ahli atau ahli yg dah di beli????

Buatlah sesuatu ,
keluarkan lah suara. ambillah tindakan segera kalau perlu buart
pengundian sekali lagi demi parti buat . kalau betul sayangkan parti
buat.jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesensaraan,
kesusahan yg kami tanggung. kami di perli di internet, kami di hina di
internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. pemimpin
tak mengapa sebaba da separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka
tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga
diri. kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan
buat. back up kak wan untuk buat keputusan. kami akan menyokong dan
mendokong demi parti. buatlah segera dato seri , buat Yb azmin jangan
ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi
oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun
dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku
memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai
bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu
untuk hidup.saya tak pandai kona-kona dalam berkata. saya tidak kisah
kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. bukan
parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. so for
me is nothing. saya aktif dalam keaidlan pun dengan tujuan nak
melingkupkan UMNO CABUK . itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau
kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri. saya tak kata Dato zaid bagus
,tapi saya kenal azmin dari era reformasi ok. saya ikut setiausaha
agong pertama en anuar tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun. tentu
banyak yg saya tahu dan dengar. kami adamata dna meliaht.kami ahli
makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka.
saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan
.satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kaau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.


Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail ( jamilkucing ) .

1 comment:

Anonymous said...

kepada jamil. orang dah cakap dah..tak mau dengar. kau jaga jer la binatang2 kau tu dari kau jaga binatang2 kat PKR. ngabeh boreh yo..