Wednesday, April 6, 2011

Kenyataan Akhbar Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

Dengan pengesahan tentang ketulenan video sex oleh pihak PDRM tanpa mengenalpasti 'pelakon' di dlm video itu, adalah amat perlu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengenalpasti 'pelakon' yg terlibat di dalam video berkaitan.


Usaha ini menjadi lebih penting dan mustahak kerana jika kegawatan akhlak seseorang pemimpin yang senantiasa bercita-cita tinggi menjadi seorang pemimpin utama di negara ini cuba disembunyikan, bukan saja rakyat Malaysia akan disogokkan dengan tokoh yang lemah, tidak Islamik, hipokrit, korap moral malah jika perilaku atau tabiat seperti yang dirakam itu terlepas ke tangan musuh seperti negara-negara yang tidak senang dengan kepentingan-kepentingan negara kita atau agensi-agensi perisikan luar yang senantiasa bergerak untuk menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat di negara ini, apa akan jadi kepada masa depan rakyat dan Malaysiasatu hari nanti?


Amat menyedihkan kepada seluruh rakyat Malaysia pemimpin yang dikaitkan dengan video ini masih ingin mempertahankan diri walaupun pendedahan membawa keaiban dan penghinaan kepada dirinya, keluarganya, partinya, Malaysia, Ummah dan Islam itu sendiri.



Kita suka memberi pujian atas sikap “gentleman” Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek apabila beliau mengaku melakukan sex haram dan melepaskan jawatannya supaya tidak menyusahkan orang lain. Malah Dr Chua sendiri telah menasihatkan Anwar supaya letak jawatan saperti yang telah lakukannya. Bagaimana pun, Chua sekarang telah dipilih sebagai Presiden MCA semasa pemilihan parti.


Pendirian PAS dalam kondisi sekarang amat tidak menentu dan menghadapi satu dilema yang mungkin menjadi 'laughing stock' kepada rakyat Malaysia apabila ia bernaung di bawah seorang tokoh yang mungkin didapati tidak bermoral.


Dato Seri Nik Aziz yang sedang dikepong kuat dan erat oleh kuncu-kuncu Anwar yang telah 'disemai' di dalam PAS sejak beliau menubuhkan PKR masih khayal dengan kenyataan bahawa beliau tidak mahu terlibat dengan kerja-kerja yang mengaibkan sesama Islam.

Beliau mungkin lupa bahawa perjuangan menegakkan kebenaran adalah satu dari perjuangan Islam yg amat unggul dan abadi sejak Islam diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw!

Biarkanlah si Luncai terjun dengan labu-labunya ... Biarkan...! Biarkan!


Berbalik kepada penubuhan Suruhanjaya Diraja, saya berpendapat keanggotaannya hendaklah terdiri, demi meneggakkan kebenaran dan demi kepentingan negara, dari pemimpin-pemimpin utama pembangkang seperti presiden PKR, PAS, DAP, wakil-wakil dari NGO, media, wakil negara asing dan lain-lain pihak yang dianggap berwibawa.

Ini perlu dilakukan kerana setiap inisiatif penyiasatan yang dibuat oleh kerajaan untuk mencari kebenaran akan senantiasa ditohmah satu konspirasi, dinafi dan diputarbelitkan di kaca mata rakyat.


Terma rujukan kepada Suruhanjaya Diraja ini hendaklah tertumpu kepada pemerhatian rapi terhadap teknik-teknik dan metodologi forensik yang munasabah, tepat dan boleh diterima pada standard yang ada, serta proses pengenalpastian yang eksklusif bagi menentukan siapakah pelakun didalam video sex ini.

Siasatan suruhanjaya mesti menjurus ke arah kesahihan video dan identiti lelaki di dalam video tersebut, itu sahaja yang hendak diketahui oleh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.


Sebagai rakan seperjuangan dalam team Wawasan tahun 1993, nasihat saya pada Anwar:
"Hai sahabat, undur diri sajalah, apa nak tunggu lagi? Lakonan pun dah tepu, dah tak laku ! Takkan seluruh rakyat Malaysia asyik nak bercerita tentang aksi depan, aksi belakang saja. Jagalah hati dan maruah Kak Wan dan anak-anak ... Carilah kerjaya lain dan carilah keredhaan Allah!"

1 comment:

Anonymous said...

this is bullshit..!!