Wednesday, May 11, 2011

BAPA PEMBOHONG NEGARA...

Kali ni aku nak cerita betapa pembohongnya Anwar Ibrahim.

Cerita ni perlu diambil iktibar dan renungan kepada pembaca. Ia berlaku sewaktu Anwar Ibrahim masih didalam penjara.

Semasa beliau didalam penjara, sesuatu kejadian yang menyahat hati telah berlaku kepada beliau. Ibunya Allahyaharmah Hajah Che Yan, telah kembali kerahmatullah.

Maka seluruh para reformis dan ahli parti telah turun beramai-ramai ke tanah perkuburan Damansara. Selain dari turun untuk menziarahi jenazah, peluang ini juga digunakan untuk melihat wajah Anwar Ibrahim.

Semua tak sabar menunggu kemunculan Anwar ditanah perkuburan tersebut. Tiba waktu dan ketika maka tibalah Anwar dibawa dengan ambulan penjara. Setibanya disana, Anwar berada diatas kerusi roda dan tengkoknya dibalut dan keadaannya anat menyedihkan. Kelihatan beliau begitu teruk sakitnya.

Semua yang ada disitu merasa sungguh sedih melihat keadaan Anwar tambahan pula beliau telah kehilangan ibunda tercinta.

Semakin meluap marah kepada pihak-pihak yang telah melakukan kepada Anwar sedemikian rupa.

Ramai yang telah memberikan bantuan untuk membawa Anwar turun dari atas ambulan. Bila diangkat kerusi roda tu, muka Anwar nampak berkerut menahan kesakitan.

Setelah diturunkan dari ambulan, Anwar perlu pula diangkat tanpa kerusi roda untuk dibawa ke kawasan perkuburan untuk melihat ibunya dikebumikan.

Bukan senang nak angkat orang sakit. Badan yang lemah menyebabkan terasa beratnya Anwar ni. Tak tau le berat kerana sakit ke atau berat dosa…

Begitulah keadaan Anwar semasa mengadap jenazah ibunya buat kali terakhir sebelum jenazah ibunya disemadikan ditanah perkuburan tersebut. Maka aku pun pulanglah kedistinasi ku dengan seribu satu macam kehampaan. Hampa kerana Anwar dperlakukan begitu. Hampa kerana Anwar tidak diberikan rawatan yang sepatutnya. Hampa kerana Anwar kehilangan ibunya ketika dipenjara.

Setelah Anwar dibebaskan, maka Anwar dengan segera telah dibawa ke German untuk diberi rawatan untuk memulihkan kesakitan tulang belakangnya yang amat teruk yang mungkin akan menyebabkan beliau lumpuh.

Betapa terkejutnya aku bila Azmin Ali menghantar SMS pada aku. Bunyinya seperti ni, ‘Alhamdullillah, DS Anwar Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya. Operation yang mengambil masa 45 minit telah berjaya. Kini DS telah boleh berjalan tanpa perlu lagi menggunakan kerusi roda’.

Memang terkejut beruk le aku. Satu pembedahan yang begitu serius, kalau gagal mungkin menyebabkan Anwar lumpuh atau mungkin juga menyebabkan maut tapi hanya mengambil masa 45 minit saja dah terus boleh berjalan.

Aku rasa masa aku nak berkhatan pun ambil masa lebih kurang tu juga. Bak kata Usup dalam cerita Mak Limah ‘nampak benor menipu nyer’!!!

Aku tak kisah le Anwar nak menipu aku, sebab aku bukan sedara mara dia pun tapi depan jenazah mak dia yang dah terbujur kaku pun dia boleh berbohong, apalah yang nak diharap pada Anwar Ibrahim ni. Tu penipuan terhadap ibunya yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Belakang kita tah berapa juta kali Anwar duk menipu.

Jadi tak hairan le bila Anwar tipu pasal 16 September, Anwar menipu pasal 36 MP dari BN nak lompat dan berbagai lagi penipuan-penipuan Anwar.

Aku rasa setiap 16 September kita semua kena sambut hari tu sebagai hari memperingati BAPA PEMBOHONG NEGARA…


Copy from Perak News

1 comment:

Anonymous said...

Memang Anwar seorang yang "HEBAT". Tetapi bolehkah orang yang suka menipu ini tenang jiwanya?

Satu daripada tanda orang munafik. Apabila dia berkata dia berbohong.

Nilaikan sendiri. Assalamualaikum!