Thursday, May 12, 2011

DOUBLE STANDARD…

Akhir-akhir ni kita dikejutkan dengan banyak isu panas. Kes Teoh Beng Hock, pengakuan beberapa individu yang mengaku diliwat Anwar Ibrahim. Terbaru kes video lucah melibatkan juga Anwar Ibrahim dan kematian seorang Pegawai Kastam di Bunganan SPRM.

Berbagai reaksi dapat kita dengar. Dari sembang dikedai kopi sehinggalah peringkat menteri memberikan pandangan serta andaian.

Bermula dengan kes kematian Teoh Beng Hock, rata-ratanya semua pihak merasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Berbagai tafsiran dan andaian dibuat. Akibat dari peristiwa tersebut, pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan politik telah mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja.

Kerajaan dengan mengambilkira kepentingan awam telah akur dengan desakan dan menubuhkan Suruhanjara DiRaja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.

Karpal Singh begitu beria mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya terhadap kes Teoh Beng Hock.

Bila timbul isu sebaran video sex yang meelibatkan Anwar Ibrahim, sekali lagi Karpal Singh beria…Tapi kali ni beria pulak supaya Suruhanjaya tidak ditubuhkan.

Kenapa ada double standard? Apakah kandungan video itu tidak penting diketahui umum?

Anwar Ibrahim bercita-cita besar, mahu jadi Perdana Menteri. Apakah rakyat tidak perlu tahu perihal peribadi bakal seorang Perdana Menteri?

Suruhajaya ini perlu ditubuhkan demi untuk memastikan rakyat tidak tersalah pilih. Suruhanjaya ini dapat menentukan masa depan Malaysia, samada akan dipimpin oleh seorang manusia atau syaitan yang bertopengkan manusia.

Sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan punyai kuasa maka rasanya tidak perlu melayan desakan dan tekanan dari pihak yang berkepentingan dalam soal isu video sex ni kerana kepentingan rakyat adalah lebih utama.

Apa yang penting rakyat perlu tahu cerita sebenar…

No comments: