Friday, May 13, 2011

DARI PEJUANG DEMOKRASI, KINI PELACUR DEMOKRASI…

Anwar Ibrahim satu nama yang cukup hebat dan begitu lantang memperjuangkan demokrasi. Banyak penulisannya yang begitu tegas memperjuangkan demokrasi.

Apabila beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau mendakwa bahawa demokrasi sudah mati di Malaysia.

Ramai rakyat yang terpegun dan terpesona apabila mendengar ucapan-ucapan beliau tentang demokrasi. Tak kurang juga menjadi taksub dengan Anwar Ibrahim. Ada mereka yang sanggup bergolok-gadai demi Anwar Ibrahim. Tak kurang juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa akibat ketaksuban kepada Anwar Ibrahim.

Itu satu ketika dahulu…

Selepas PRU12, Anwar sudah berubah. Dari seorang pejuang demokrasi, kini beliau sanggup melacurkan apa yang dia sendiri perjuangkan demi survival politiknya.

Apa yang diperkatakan sebelum ini, kini sudah menjadi ‘senjata makan tuan’. Pernah satu ketika dahulu, beliau juga lantang dengan isu nepotisma dan kronisma. Gawat jadinya Perhimpunan Agung UMNO dan PWTC dengan isu yang dibawa Anwar.

Tapi kini apa dah jadi? Apakah Anwar tidak mengamalkan kronisma? Senjata sudah makan tuan. Dalam parti keadilan sudah tidak ada keadilan. Anwar sendiri telah meletakkan dirinya sebagai Ketua Umum parti. Wan Azizah, isterinya sebagai Presiden parti, anaknya Nurul Izzah kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden parti. Timbalan Presiden parti walaupun bukan talian darah, tapi semua sedia maklum hubungan Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim.

Itu cerita kronisma. Kita lihat pula apa jadi pada demokrasi yang dicanang Anwar satu ketika dulu. Bermula dengan pemilihan parti sehinggalah pemilihan pimpinan negeri. Demokrasi sudah lenyap dan sedang dilacurkan Anwar demi memastikan agenda peribadinya tercapai.

Selepas PRU12 Anwar sudah berangan untuk jadi Perdana Menteri. Beliau mesti mencatur musuh-musuhnya dalam parti perlu disekat dan disingkirkan. Contoh yang paling jelas ialah barisan kepimpinan Negeri Perak. Bermula dari pemilihan cabang lagi, Mustafa Kamil Ayob yang dianggap Anwar sebagai musuh politiknya mesti dibunuh. Maka berbagai strtegi telah dibuat Anwar bagi memastikan Mustafa Kamil tewas dalam pemilihan. Maka tewaslah Mustafa Kamil diperingkat cabang. Pesaing Mustafa Kamil ialah Haji Osman yang telah uzur dan pernah mengisytiharkan tidak mahu lagi bergiat aktif satu ketilka dulu tapi melanggar prinsip peribadinya hanya kerana itu kemahuan Anwar.

Menurut perlembagaan PKR, jawatan Ketua Perhubungan Negeri mestilah dipilih dari peringkat cabang. Maka semua ketua cabang dikehendaki mengundi untuk memilih Ketua Perhubungan Negeri.

Sekali lagi seorang yang uzur menjadi pilihan Anwar Ibrahim. Tiga calon disenarai akhirkan untuk jawatan Ketua Perhubungan Negeri Perak. Mustafa Kamil Ayob, Mat Nor Manuty dan Dr. Lee Boon Chai. Mustafa Kamil pilihan beberapa cabang. Mat Nor Manuty, yang uzur dan telah mengisytiharkan diri tidak mahu lagi bergiat aktif serta telah lama menghilangkan diri menjadi cadangan Anwar Ibrahim dan Dr. Lee Boon Chai merupakan ‘dummy’ sebagai pemecah undi.

Apabila undian dibuat, Mustafa Kamil mendapat 13 undi dari 24 cabang, Mat Nor Manuty 10 undi dan Dr. Lee Boon Chai tiada undi kerana cabang Kampar berkecuali.

Apabila keputusan ini berpihak kepada Mustafa Kamil, menjadikan Anwar kurang senang. Ini menyebabkan keputusan undi itu tidak dipakai dan dengan kuasanya sebagai Ketua Umum PKR, beliau telah melantik Mat Nor Manuty sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak.

Inilah demokrasi yang diamalkan Anwar masa kini. Mana mungkin 10 lebih besar dari 13. Anwar terpaksa melacurkan demokrasi kerana Mat Nor Manuty yang uzur hanya merupakan boneka kepada Anwar. Kenapa ini berlaku? PRU12 telah melihat PR memerintah Perak untuk 11 bulan telah mengelabui mata Anwar dan kroninya. Mereka merasakan PRU13 mereka akan menang dan kroni Anwar sudah berangan untuk menjadi MB Perak. Mat Nor Manuty akan diletakkan sebagai calon boneka MB Perak kepada Anwar Ibrahim supaya memudahkan Anwar untuk memunggahkan khazanah yang tak ternilai di bumi Perak ini untuk diagihkan kepada kroni-kroninya.

Anwar Ibrahim kini hanya seorang pelacur demokrasi!!!

No comments: