Saturday, May 21, 2011

MOHON PETUNJUK…

Salam 1 Malaysia…Terlebih dahulu aku ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada Cikgu dan Cikgi yang selama hari ni telah bersusah payah membanting keringat dan memerah otak untuk memberi didikan serta tunjuk ajar kepada anak murid tanpa jemu. Sesungguhnya jasa guru-guru tiada nilainya dan hanya Allah yang dapat membalasnya…Selamat Hari Guru.

Tarikh 16 Mei 2011, selain merupakan Hari Guru ia juga merupakan tarikh dimana kes liwat Anwar Ibrahim ditentukan samada beliau perlu membela diri atau dibebaskan.

Sebelum tarikh itu, Anwar serta pengikut taksubnya telah mengadakan solat hajat dan zikir hampir diseluruh Malaysia. Tak cukup di Malaysia, khabarnya ada kumpulan Islam di India juga berbuat demikian.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menohon kepada Allah supaya ditunjukkan kebenaran atas apa yang sedang berlaku.

Majlis ni bukan baru pada Anwar dan kunco-kunconya. Dah banyak kali sembahyang hajat dibuat. Penuh surau, stadium bila majlis ni dibuat. Yang mengimamkan pulak bukan calang-calang imam. Dari Tok Guru sampai le ke imam yang diimport.

Kalau difikir-fikir, takkan le dalam ramai-ramai jemaah tu takde yang diterima permintaannya oleh Allah. Mesti ada yang tinggi ilmu agamanya, ada yang tidak fasik dan tak kurang juga yang kuat imannya.

Pasti permintaan antara jemaah ni yang didengariNya. Pasti Allah dah makbulkan permintaan mereka-mereka ni.

Maka selepas mereka-mereka ni memohon maka Allah pun makbulkan permintaan mereka.

Timbullah Dato T, keluarlah video dan bermacam-macam lagi petunjukNya. Mana mungkin timbul Dato T kalau tanpa izinNya? Datang dari mana video kalau tak atas keizinanNya!!!

Tapi tu le yang aku pelik. Bila keluar semua ni, udah di spin kononnya ia adalah satu fitnah. Mana pergi orang-orang yang hebat agamanya dalam PR? Mana pergi penyokong totok Anwar yang sentiasa dibibirnya bercakap soal agama? Sudah lupa ke mereka tentang qhada dan qhadar?

Mana orang-orang PAS yang kononya dia je yang Islam, orang lain tak Islam? Apakah bila kena batang hidung orang kesayangan mereka sudah tidak yakin dengan ketentuanNya? Apakah mereka sendiri tidak yakin dengan sembahyang hajat yang mereka sendiri buat? Kenapa bila datang petunjuk ia dianggap fitnah?

Maksudnya, tuhan yang bagi petunjuk juga dianggap fitnah?

Hari ni, hakim dah buat keputusan Anwar perlu membela diri. Kenapa penyokong terjerit-jerit macam monyet bila keputusan Hakim yang pasti mendapat keizinan tuhan hendak dipertikaikan?

Mampu ke Hakim buat keputusan kalau tanpa izinNya? Apakah penyokong totok Anwar sudah lupa yang mereka dah buat solat hajat dan tuhan sudah memberi petunjuk?

Ini le masalahnya bila yang ada pegangan agama dalam PR pun diam seribu bahasa bila petunjuk tidak menyebelahi mereka.

Ni le masalahnya bila agama hanya sebagai teori tapi tidak pernah dipraktikkan. Redha le dengan apa pun keputusan kerana itu lah perancangan yang paling hebat…PERANCANGAN ALLAH!!!

No comments: