Thursday, September 8, 2011

BANGUNAN LAMA MENYEMBAH BUMI...

2 unit rumah kedai lama di Ipoh telah runtuh pada 10.45 malam semalam. Bangunan tersebut yang berada di Panglima Lane Pekan Lama Ipoh berusia lebih 100 tahun.
Bangunan yang ada nilai kormesial dan sejarah tersendiri ini sepatutnya dikawal selia serta dibaik pulih bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Menurut jiran, semasa kejadian penghuni bangunan ini berada ditingkat bawah bangunan namun triada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.
Menurut jiran itu lagi, lorong ini telah dijadikan tempat pengambaran filem dan nasib baik pengambaran itu telah berakhir pada minggu lepas.
Dato Bandar Ipoh bersama dengan Pengarah JKR Perak telah melawat kawasan kejadian dan beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk menutup kawasan tersebut kepada orang ramai dan pihak JKR akan mengkaji punca serta tindakan susulan bagi memastikan penghuni bangunan berhampiran berada dsalam keadaan selamat.

Apabila melihat kejadian ini, teringat saya kepada bangunan usang dan hampir roboh di Kepayang Sungai Raya, Ipoh. Bangunan tersebut betul betul berada berhampiran bahu jalan utama ke Gopeng. Di hujung bangunan tersebut terdapat sebuah lampu isyarat.
Malang tak berbau. Sekiranya ketika lampu isyarat tersebut bewarna merah dan banyak kenderaan di atas jalan dan ketika itu bangunan tersebut runtuh, sudah pasti banyak nyawa yang akan terkorban.
Mencegah lebih baik dari merawat. Lebih baik tindakan segear diambil sebelum banyak nyawa yang akan menjadi mangsa!!!

No comments: