Friday, September 9, 2011

ANTARA 2 DARJAT...


Semakin hampir kita menuju kearah Negara Maju 2020, rupanya masih ada insan yang tertinggal dalam mengecapi kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik. Berdasarkan maklumat dari orang ramai, aku telah melawat penghuni rumah ini. Agak terkejut aku melihat keadaan rumah yang serba daif ini masih boleh diduduki. Melihat keadaan luarnya sudah cukup menyedihkan.
Rumah ini dihuni oleh 3 orang insan yang tabah dan cekal pada aku. Pakcik Ramli atau lebih disenangi dengan panggilan Pak Uda ditemani anaknya yang cacat (OKU) serta seorang mualaf yang berlindung kerana tidak diterima keluarganya akibat beliau memeluk agama Islam.

Beginilah keadaan tempat tidur mereka bertiga, beratapkan langit serta bertaraf 1000 bintang. sekiranya hujan mereka akan memasang kanvas sebagai penutup dan berlindung dari air hujan.

Keadaan bilik air dimana dindingnya hanya separuh dan tiada berbumbung.

Rumah ini dikelilingi rumah-rumah banglow yang besar serta tersergam indah...ibarat ANTARA 2 DARJAT

Pakcik Ramli @ Pak Uda...Penghuni rumah usang ini. Beliau telah menetap dirumah ini sejak berusia 14 tahun dan anaknya seorang kurang upaya (OKU).
Agak menyedihkan beliau ini tinggal dikawasan elit orang Melayu dalam bandar Ipoh...

1 comment:

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Salam Perjuangan

Ulasan telah dijawab dengan panjang lebar http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/09/menjawab-ulasan-blogger-penyair-dari.html