Pertemuan otai-otai Ipoh di Town Hall telah mengembalikan kenangan silam zaman remaja yang penuh dengan memori yang mengusik jiwa.
Gary @ Amir antara orang yang bertanggungjawab merealisasikan majlis REUNION yang telah membawa seribu kenangan kepada yang hadir. Cetusan idea dari kawan-kawan bermula apabila beberapa orang sahabat telah kembali kerahmatullah dan merasakan perlu majlis seperti ini diadakan supaya hubungan yang terputus dapat dijalin kembali disamping dapat bertanya khabar antara satu sama lain...Kepada yang telah pergi, mari kita sedekahkan SURAH AL-FATIHAH...
Antara sahabat-sahabat lama yang sempat menghadirkan diri dimajlis REUNION BBSI 80's tersebut. Yang dah berstatus datuk (bercucu) pun ramai!!!
Aris Ariwatan, Mamat Khalid, Ustaz Akil, Kumpulan TEJA dan tetamu khas Rosli Muhalim (Sweet Charity) turut sama memeriahkan REUNION tersebut. Mereka ni juga merupakan budak-budak yang lepak di Bas Stand Ipoh satu ketika dahulu!!!
Ustaz Akil menyampaikan dua buah lagu di majlis tersebut. Budak rawa Gopeng ni pun dulu lepak Bas Stand. Maklum le masa tu mana ada shopping complex so boleh kata remaja zaman 70'an 80'an lepak bas stand le sebagai tempat hiburan selain dari yang bersekolah sekitar Ipoh...
TERIMA KASIH KEPADA
NESTLE (NESCAFE)
NAN CATERING
DATUK SHALIMIN (SU POLITIK MB PERAK)
DATO ZAINOL FADZI (EXCO KEBUDAYAAN, KESENIAN, BELIA & SUKAN)
DAN
KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN REUNION BBSI 2011...INSYAALLAH,
TAHUN DEPAN JUMPA LAGI!!!
No comments:
Post a Comment