Wednesday, September 14, 2011

RAKYAT DIDAHULUKAN...

Kalau sesiapa yang ke Ipoh pasti akan kenal mercu tanda pada gambar ni. Terutamanya kalau anda datang dari selatan, untuk masuk ke pusat Bandaraya Ipoh anda akan melalui bulatan yang dikenali 'Bulatan Rumah MB' oleh orang Ipoh dan sekitarnya.
Bulatan ini dah jadi nostalgia pada orang Ipoh. Aku dulu pun kalau datang ke Ipoh mesti kena pusing bulatan ni sebagai tanda yang aku dah sampai ke Ipoh.
Ditengah bulatan ni ada air pancut dan mercu yang bewarna keemasan sebagai simbol 'mahkota raja'.

Kini Ipoh telah jauh berubah. Bandaraya Ipoh telah menjadi semakin sibuk dan kenderaan telah bertambah. Dengan kepesatan pembangunan di Ipoh, jalanraya di pusat bandar telah menjadi semakin sesak. Disekitar bulatan ini juga telah banyak pembangunan telah naik dengan begitu pesat. Terdapat beberapa hotel berhampiran bulatan ini. Istana Kinta juga berada hampir dengan bulatan ini. Sebuah pusat membeli belah juga ada berhampiran. Selain itu 3buah sekolah Cina juga ada kat kawasan ni dan yang paling hampir ialah Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.
Rasanya dah lebih dari 5 orang Menteri Besar Perak tinggal diKediaman Rasmi ni. Itu sebab bulatan ini digelar 'Bulatan Rumah MB'.

Pada waktu-waktu puncak bulatan ni dah semakin sesak dengan kenderaan terutamanya waktu budak balik sekolah yang biasanya sama dengan waktu balik dari pejabat. Maka akan berlakulah kesesakan sehingga menyebabkan jem.
Sudah tiba rasanya jalan bertingkat perlu dibina sebagai menggantikan bulatan yang sudah tidak sesuai dengan keperluan semasa dan demi keselesaan rakyat seperti yang dilaung-laungkan.
Tak perlu dibuang bulatan yang banyak kenangan tu. Tak guna kerap ditukar landscape tapi masalah kesesakan tak selesai.
Dengan jalan bertingkat akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang pasti akan lebih kritikal pada masa hadapan!!!

No comments: