AIDCNews – 05/03/12 – Meskipun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menyembunyikan ideologi politik yang dibawanya, namun saat mutakhir ini wajah sebenar politik yang dipacunya semakin menyerlah.
Anwar ketika berucap di Asia Plateau, Panchgani, India pada 8-12 Januari 2012, dalam program ‘Making Democracy Real,’ menyebut politik Islam tidak sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang, sebaliknya politik yang sesuai untuk abad sekarang adalah politik demokrasi.
Katanya, apabila demokrasi dijalankan dan hak rakyat diberikan sepenuhnya, politik Islam seperti yang berlaku di Indonesia, ditolak oleh 95 peratus rakyatnya.
Politik Islam adalah simbol masyarakat tertutup, manakala ‘demokrasi’ adalah simbol masyarakat terbuka.
‘Making Democracy Real‘ adalah satu program untuk membina demokrasi sebenar dengan mengangkat tokoh-tokoh demokrasi seperti Aung San Suu Kyi dengan sokongan pihak Barat.
Program itu anjuran Initiatives of Change (IofC), sebuah pertubuhan berpengkalan di Caux, Switzerland yang didokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Presiden pertama NGO demokrasi itu adalah Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Foundation For The Future.
“Cornelio Sommaruga, adalah aktivis missionari Yahudi melalui George Soros Foundation iaitu Open Society Institute (OSI) Budapest, di mana beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah OSI. Kerana jasa-jasanya yang besar kepada kaum Yahudi, beliau diberi Anugerah Presiden dari Tel Aviv (Israel)”, klik di sini
Kemudian, pada tahun 2009 jawatan Presidennya telah diambil alih oleh Prof. Rajmohan Gandhi, cucu Mahatma Ghandi.
Rajmohan juga adalah kroni Soros melalui pembantunya, Varshney pula yang berusaha melaksanakan persefahaman Hindu-Muslim yang meniru model persefahaman Muslim-Christian di Indonesia.Anwar mengambarkan Rajmohan sebagai ‘penyala obor’ perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi..demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah, manakala Joseph Lelyveld, pemenang Pulitzer Prize dalam bukunya, “Great Soul” mendedahkan demokrasi diperjuangkan Mahatma Gandhi salah satu adalah kebebasan homoseksual.
Kerana buku itu membincangkan tentang aktiviti homoseksual Mahatma Gandhi, maka ia diharamkan di sesetengah tempat di India.
Meskipun Mahatma Gandhi mempunyai isteri namun, “buku itu mendakwa Gandhi juga bercinta dengan lelaki bina badan berbangsa Yahudi”, lapor csmonitor.com
Menurut righttowork.org.uk, ‘real democracy’ juga dikenali sebagai ‘neo-liberalisme’.
Wikipedia menaktifkan lanjut maksud neo-liberalisme yang berkaitan dengan ekonomi pasaran bebas.
Kebangkitan Neo-liberalisme ekoran daripada krisis minyak dunia tahun 1973, sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel dalam perang Yom Kippur, di mana majoriti negara-negara penghasil minyak di Timur Tengah melakukan embargo terhadap AS dan sekutu-sekutunya, serta melipatgandakan harga minyak dunia, yang kemudiannya membuatkan para elit politik di negara-negara sekutu Amerika Syarikat berselisih faham tentang bentuk pasaran ekonomi dunia.
Ketika ini, idea IMF dan Bank Dunia dan The Mont Pelerin Society diterima iaitu memperkenalkan pasaran bebas atau neo-liberalisme.
Terma pasaran bebas dan Initiatives of Change sangat berkait rapat dengan George Soros.
Soros melalui yayasan dananya, Open Society Institute (OSI) berhasrat untuk mewujudkan ‘masyarakat terbuka’ yakni satu ciri utama dalam ‘negara demokrasi sebenar’ di seluruh dunia.
Menurut wikipedia ‘masyarakat terbuka’ adalah masyarakat yang terbuka dari segi budaya dan agama.
Kemanusiaan, keadilan dan kebebasan politik adalah ciri-ciri asas masyarakat terbuka tersebut.
Falsafah masyarakat terbuka ini diperkenalkan oleh Karl Popper, guru Soros yang menubuhkan The Mont Pelerin Society.
Konsep demokrasi, masyarakat terbuka atau neo-liberalisme adalah matlamat sama yang diperjuangkan oleh badan-badan dana Yahudi seperti National Endownment for Democracy (NED), Open Sociey Institute (OSI), Freedom House dan The Mont Pelerin Society.
Pemahaman lanjut tentang The Mont Pelerin Society, sila baca artikel “Anwar Senjata Terakhir Anwar” Klik di sini, sini dan sini
Menurut Karl Popper dalam bukunya, “Open Society and Its Enemies“, masyarakat terbuka hanya boleh dicapai dengan pertumpahan darah, di mana revolusi berdarah atau coup d’etat (rampasan kuasa) seperti yang berlaku di Timur Tengah, Arab Spring amat diperlukan untuk menukar pemimpin dan merealisasikan ‘masyarakat terbuka’ tersebut.
Pada 3 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menolak ideologi neo-liberalisme pembangkang kerana tidak secocok dan tidak sesuai kerana ia bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Mereka mahu menghapuskan undang-undang berkaitan liwat, seks bebas dan ini bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama di negara ini,” katanya.
1 comment:
Apa tu neo-liberalisme?Homo cun cuma paham homoseksualisme.
Post a Comment