Pertembungan antara alam sekitar dan politik telah membawa Perak kedalam isu yang cukup hangat diperdebatkan terutamanya di MEDIA BARU dan telah mula menular kedalam media konvensional.
Samada ceritanya benar atau persepsi sudah tidak dihiraukan demi memenuhi citarasa dan kehendak pembaca.
Pembaca mesti memilih samada mahu melihat cerita VALE ini dari sudut mana, samada politik atau pun alam sekitar.
Aku terpanggil untuk bertemu dengan pihak pengurusan VALE mewakili kelompok media baru untuk melihat kekusutan yang berlaku.
Aku agak terkejut dengan panggilan itu namun aku mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.
Berkat kenalan yang ramai. aku telah meminta bantuan kawan aku di OBML untuk mendapatkan gambaran tentang isu VALE. Melalui beliau, telah mendapat no telefon untuk dihubungi dengan orang yang lebih arif tentang VALE.
Aku pun berhubung dengan sahabat yang bertugas dengan sebuah NGO iaitu SAHABAT ALAM MALAYSIA yang merupakan NGO yang memperjuangkan soal alam sekitar.
Melalui sembang ditelefon yang hampir sejam, aku mendapat maklumat serta pandangan beliau tentang VALE.
Antara perkara yang menjadi kebimbangan beliau ialah:
1. Pihak VALE tidak mengikut apa yang dijanji iaitu tidak menggunakan jalan utama. Namun sehingga ke hari ini, lori-lori yang mengangkut barang dari tapak kilang VALE masih terus menggunakan jalan utama. Ia menjadi kebimbangan penduduk tempatan kerana jalan telah mulai mendap akibat lori2 yang besar dan menjadi kebimbangan akan berlaku kemalangan melibatkan keluarga mereka.
2. Meminta supaya 'buffing zone' diserah kembali kepada penguatkuasa tempatan untk dikawal selia.
3. Memperjuangkan hak-hak nelayan yang akan kekurangan mata pencarian akibat dari pembinaan Jeti untuk kapal-kapal besar VALE yang akan berlabuh.
4. Mempertahankan status kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan dan tidak perindustrian.
PENJELASAN DARI PIHAK VALE...
1. Jalan lain yang dijanjikan oleh pihak VALE aka dibina dalam masa yang terdekat diamana jalan tersebut bukan saja akan digunakan oleh pihak VALE malah akan menjadi jalan penting untuk penduduk setempat.
2. 'Buffing zone' akan dikawal selia sendiri oleh pihak VALE dan memberi jaminan akan mengekalkan kehijauan kawasan tersebut.
3. Pertemuan dengan nelayan-nelayan akan dibuat oleh pihak VALE dalam masa yang terdekat.
4. Pemilihan kawasan Teluk Rubiah sebagai tapak kilang setelah mengambil kira secara teknikal oleh pakar. 19 tempat telah dicadangkan kepada pihak VALE di 5 buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Kesesuaian Teluk Rubiah adalah dari segi kedalaman lautnya dimana membolehkan kapal2 besar berlabuh.
Kesimpulannya, VALE adalah merupakan syarikat gergasi yang pasti akan menjana ekonomi kepada negeri dan negara. Menurut salah seorang boss VALE, sehingga hari ini VALE telah melabur RM500 million di Perak.
VALE juga telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menaja murid-murid sekolah disekitar Manjung mengikuti program di OBML.
Satu sidang media akan diadakan oleh pihak VALE dalam masa yang terdekat bagi menjelaskan kepada umum tentang perancangan mereka. Juga pertemuan bersama pengamal media baru dan NGO akan menyusul selepas itu.
Tunggu cerita selanjutnya dari VALE...
No comments:
Post a Comment