Monday, September 10, 2012

MASIHKAH ADA HARAPAN???



Masihkah ada harapan? Satu persoalan yang perlu kita fikirkan sejenak. Lupakan soal politik buat seketika dan mari kita fikirkan nasib mereka ini. Apakah nasib yang akan terjadi kepada mereka-mereka ini yang merupakan penyumbang kepada negara. Mungkin mereka ini merupakan 'Hero yang tidak didendang' kerana kita harus ingat tanpa mereka mungkin kita tidak dapat menikmati yang yang kita kecapi hari ini.
Mungkin pada kita, sumbangan mereka tidak penting tapi sedarkah kita mereka bersabong nyawa untuk kita menikmati juadah yang membesarkan dan mendewasakan kita.
Banyak sumbangan yang kita mampu pulangkan balik kepada mereka ini. Bantulah mereka ini dengan apa cara sekalipun kerana mereka ini akan terus mewarisi tinggalan nenek moyang mereka yang tanpa jemu terus bekorban demi NEGARA!!! Kita juga mesti ingat ramai pemimpin negara yang lahir dan membesar serta berjaya serta dihormati oleh masyarakat. Banyak sumbangan Sungai Perak dan tanpa nelayan-nelayan Sungai Perak pasti akan mengundang musibah sekiranya kitaran hidup nelayan ini bersama ikan-ikan serta belbagai khazanah yang terdapat didalam Sungai Perak ini tidak kita pelihara dengan baik...PERAK AMAN JAYA

No comments: