Salam...
Berikan aku 10 belia, pasti ku gegarkan seluruh Indonesia...
Kalau nak melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah belianya hari ini...
Banyak belia dijadikan contoh kepada sesebuah negara. Tak kira dinegara mana kita berada, belia adalah merupakan aset. Pembentukan dan pembangunan belia adalah merupakakan satu pelaburan yang penting demi menyambung serta mewarisi sesebuah negara pada masa hadapan. Maka dengan itu, program yang menjurus serta melibatkan belia adalah merupakan satu pelaburan jangka masa panjang dan ia adalah merupakan pelaburan yang serius.
Belia harus diletakkan sebagai keutamaan dalam sesebuah negara dan bukan sekadar menjadi balaci kepada kepentingan oranr-orang tertentu.
Rupanya masih ramai para belia yang kurang mendapat pendedahan terutamanya dari segi penampilan diri serta asas untuk menjadi seorang pemimpin.
Kenapa mereka ini dipinggirkan. Apakah para belia ini hanya diperlukan pada masa-masa tertentu (sebagai gurka sewaktu pilihanraya)?
Belia mestilah dididik untuk menjadi pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan. Belia perlu didiedahkan dengan skill dan pengetahuan untuk menjadi seorang pemimpin.
Kita tidak perlu takut atau merasa tergugat dengan belia yang bijak dan cerdik dengan persepsi mereka akan menggugat kedudukan kita.
Jika kita tidak mendidik mereka ini, kita bukan sahaja akan ketandusan pemimpin pelapis, kita juga akan kehilangan para belia dengan pengaruh persekitaran yang semakin mencabar. Belia kita akan rosak dengan pengaruh unsur negetif sekiranya mereka tidak dibimbing.
Belia adalah satu kumpulan yang sedang mencari identiti. Sekiranya kita tidak membentuk keperibadian mereka, meraka akan hanyut dengan pengaruh disekeliling mereka.
Maka belia perlu diberi ruang dan peluang yang sebanyak mungkin untuk melibatkan diri dengan program yang disusun rapi agar kita akan melihat masa hadapan kita lebih baik daripada hari ini...
SELAMAT HARI BELIA!!!
No comments:
Post a Comment