Wednesday, May 15, 2013

KENAPA, KENAPA, KENAPA???



Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!
PRU13 baru saja berlalu pada 5 Mei 2013. Apa yang aku nak share kat sini ialah pengalaman aku. Jadi maknanya ia tak sama dengan pengalaman orang lain. Kalau minat nak baca, teruskan tapi kalau rasa coretan aku ni menyesakkan dada...sila keluar dari blog aku ni sebab aku takkan bertanggungjawab sekiranya si pembaca masuk hospital!!!
Apa yang nak aku share ialah pengalaman aku menjadi calon pada PRU kali ni. Walaupun sebagai calon BEBAS namun ia tetap menjadi pengalaman yang sangat berharga pada aku dan kawan-kawan yang membantu sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.
Sebelum cerita pasal kempen, bior aku bercerita dulu kenapa aku bertanding. Aku ni bekerja dengan sebuah agensi 'under ground' kepada MB. Kerja aku macam-macam. Sekejap jadi pemantau media baru, sekejap jadi video man sekejap jadi camera man...cuma jadi Superman jer tak lagi.
Tugas-tugas khas biasanya aku le yang kena terutama melibatkan parti PKR sebab dema ni tau aku jer ada access dengan PKR. Antara kerja aku yang sangat berjaya ialah merakam ucapan Nga Kor Meng dan Mat Sabu di Bukit Jana Taiping. Aku ngan seorang lagi staff (Andy) diarahkan untuk merakam video pada malam tu. Kenapa aku kata berjaya? Kejayaannya ialah MB Perak pada masa tu (Zambry) telah melonjak naik namanya di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pada tahun 2011 akibat dari pengedaran cd ucapan Nga di Bukit Jana yang mengatakan Zambry Hitam Matelik. 
Namun kejayaan tu langsung aku tak rasa pun kehangatannya sebab aku bukan dapat apa pun...waima terima kasih pun 'haram'...
Tu le antara kerja hakiki aku di Comm Center. Tapi itu bukan sebab kenapa aku bertanding dalam PRU ni. Setiap hari bila keofis jer, mesti ada cerita pasal Midah dan adik beradiknya dan ceritanya tak pernah yang syok melainkan tak syok belaka. 
Ada pernah satu ketika, dema bergaduh dan berperang dingin antara si A dengan si B, aku le jadi tempat dema merujuk. Si A call aku, minta pandangan dan suruh sampaikan pesan pada si B dan begitu le sebaliknya. Siasat punya siasat, puncanya sebab berebut nak pasang sign board. Habis semua keluar...si A kata si B pakai kereta besar, si B pulak balas balik kata si A pun pakai kereta besar. Penyudahnya aku yang pakai kereta kecik tak tidor malam nak menyelesaikan hei dema dan banyak le lagi cerita si A ngan si B ni...
Antara cerita hot di si A yang suruh aku keluarkan status kat FB aku ialah pasal Maharajalawak yang mana kerajaan negeri Perak terpaksa bayar RM600,000.00 sedangkan dua negeri yang buat (Terengganu & Johor) tak pulak kena bayar. Untuk meyakinkan aku cerita ni mesti dipublishkan, siap kabo MB bengang sebab kena bayor tu...
Aku pun yang patuh kepada arahan...macam aku diarahkan cover kes tanah runtuh kat Cameron Highland, dah pukul 10 malam (bulan Ramadhan) baru call aku suruh pegi, tanpa sebarang alasan terus pegi walaupun satu sen tak diberikan sebagai duit minyak terus pegi dengan mengambil risiko (kereta takde roadtax dan tayar pun udah botak macam kepala...)...terus keluarkan status tu kat FB. Apa lagi, bertalu-talu le orang kuat si B tibai aku. Aku tak kisah sebab aku diyakinkan oleh si A cerita ni first hand dan genuine!!!
Setiap hari aku terus dibalun di FB tapi si A kata, don't worry...dan siap suruh aku buat matematik untuk comparekan RM600,000.00 tu dengan bantuan kepada orang miskin...mulia sungguh si A ni rupanya. 
Begitulah episodnya bermula...Rupanya bukan setakat si A, rupanya ada si C, si D,E,F,G dan ramai lagi yang memang tak suka dengan si B ni termasuk le si A+...jadi, berbekalkan dengan semangat itu, maka aku pun mengorbankan diri aku sebagai menzahirkan kekecewaan si A,C,D,E,F,G melalui pilihanraya. Aku buat keputusan tanpa dipaksa oleh sesiapa walaupun dari si-si ni tadi untuk memastikan si B mesti dikalahkan dalam pilihanraya sebab aku berpendapat, sudah takde pilihan lain kecuali melalui pilihanraya saja pilihan yang ada...
Walaupun yang membantu ramai dalam pilihanraya tapi rupanya aku keseorangan...si-si ni semua melarikan diri tah kemana. Tak cukup dengan itu, tindakan telah dikenakan kepada aku untuk menyelamatkan diri masing-masing kononnya mereka tak terlibat. Aku dipecat dari kerja tanpa sebarang notis dan aku dituduh sebagai pengkhianat kepada UMNO hanya kerana aku melawan untuk menewaskan orang yang banyak melakukan kesalahan dalam parti...
Semuanya sudah berlalu...walaupun aku rasa agak kecewa dengan permainan politik si-si yang takde telo ni namun aku yakin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ni.

PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN... 

No comments: