Saturday, September 10, 2011

MAT SABU, FORUM & MERDEKA...

Semalam aku berkesempatan turun dan mendengar penjelasan Mat Sabu di Bukit Jana, Kemunting dalam siri ceramah umum yang lebih kepada menjelaskan isu Mat Indera & Parti Komunis Malaya.
Menurut Mat Sabu, kenyataan beliau telah diputarbelitkan oleh media berkenaan isu tersebut. Dalam satu siri ceramah Mat Sabu di Pulau Pinang beliau telah menegaskan Mat Indera adalah merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan. Alasanya adalah kerana Mat Indera yang berjuang atas pentas PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong bersama beberapa ratus anggota PKM yang lain adalah serangan terhadap POLIS PENJAJAH (British). Semua anggota POLIS Melayu yang berada di Balai Polis Bukit Kepong itu sebagai talibarut penjajah, kata Mat Sabu.

Akibat dari kenyataan Mat Sabu yang telah menjadi isu panas dan kontrovesi, maka ramailah tokoh-tokoh yang tampil kehadapan untuk menjawab isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu yang sememangnya kontrovesi. Maka berbagai acara dianjurkan bagi menjawab kepada Mat Sabu.

Cuma yang menjadi kemyuskilan pada aku, telah wujud pula faktor sejarah baru dalam siri roadshow menjawab Mat Sabu.
Hari ini 2 tokoh akademik telah mengeluarkan kenyataan yang agak memeranjatkan aku. Selama hari ni sepanjang aku hidup yang aku tahu 31 Ogos kita sambut merdeka. Makna merdeka menurut kamus Oxford 'bebas dari sebarang bentuk penjajahan'. Tapi hari ni Prof Zainal Keling & Prof Ramlah Adam mengeluarkan kenyataan yang sama iaitu Malaysia tidak pernah dijajah cuma ditadbir oleh British sebagai penasihat kepada Raja-Raja Melayu. Malaysia hanya pernah dijajah pada masa yang singkat oleh Malayan Union pada tahun 1947-1948. Selepas itu Malaysia kembali bebas. Yang myuskilnya kenapa fakta ini hanya dinyatakan sekarang apabila Mat Sabu cetuskan isu.
Dengan fakta yang baru ini, maka sejarah Malaysia telah berubah. Apa yang aku dapat dari pelajaran sejarah masa aku sekolah dah jadi tak betul.
Aku semakin kompius...Rakyat lain aku tak tau!!!
Kalau benar Malaysia tak pernah dijajah, kenapa kita sambut Merdeka?
Kalau benar Malaysia tak pernah dijajah, maka takde le pejuang kemerdekaan?
Kalau benar Malaysia tak pernah dijajah, apa yang pejuang tu perjuangkan?

No comments: