Monday, September 12, 2011

MOON CAKE CARNIVAL...

Malam ini telah berlangsung Moon Cake Carnival yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri DiRaja Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Program anjuran Perak Tourism ini turut dihadiri oleh Exco Pelancongan Negeri Perak Dato Hamidah Osman dan juga Exco Kesihatan, Dato Mah Han Soon.
Semua masyarakat dari berbilang kaum turut serta memeriahkan sambutan Moon Cake Carnival 2011 ini. Sambutan sangat meriah dengan acara pentas dan YAB Menteri Besar Perak bersama rakyat telah berarak dijalanraya. Kemeriahan diakhiri dengan pertunjukan bungapi.

Turut serta beberapa pelancong dari luar negara dan mereka sangat gembira kerana dapat meraikan perayaan yang agak unik bagi mereka dan mereka amat kagum dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh orang ramai. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemimpin.

No comments: